Tutorial Mail Merge

Tuesday, 13 December 2011

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Entri kali ini saya akan berkongsi ilmu tentang tutorial/manual membuat Mail Merge dengan menggunakan Microsoft Word 2007. Teknik Mail Merge digunakan bagi memudahkan proses menulis dan mencetak surat, sijil dan sebagainya yang memerlukan kita bertukar-tukar maklumat yang banyak. Jadi, teknik Mail Merge ini mempercepatkan lagi tugasan kita.

Berikut ditunjukkan cara-cara untuk membuat Mail Merge

1- Buka dokumen yang hendak gunakan untuk membuat Mail Merge (contohnya surat jemputan ke mesyuarat PIBG sekolah). Kemudian klik pada "Select Recipient" --> "Type New List"

Rajah 1

Rajah 2


2- Masukkan maklumat penerima surat ke dalam kotak seperti rajah 2. Masukkan maklumat seperti Title, First Name, Last Name serta berikutnya sebagai pengkalan data untuk mail merge yang akan kita buat sebentar lagi. Setelah selesai memasukkan maklumat tekan butang "OK".

3- Setelah selesai teruskan dengan langkah berikut, klik pada menu "Address Block" pada rajah 3 kemudian kotak pada rajah 4 berikut akan terpapar.

Rajah 3

Rajah 4

4- Setelah selesai dan tidak ada perubahan yang hendak dilakukan pada paparan klik pada butang "OK" dan paparan pada rajah 5 akan terhasil. Terdapat perkataan "Address Block"di situ di mana paparan alamat penerima surat akan terpapar dibahagian tersebut.

Rajah 5
5- Langkah seterusnya klik pada butang "Greeting Line" pada rajah  untuk memasukkan baris ucapan alu-aluan seperti paparan rajah 6. Satu kotak dialog akan kelihatan seperti rajah 7. Anda boleh mengubah suai bentuk teks ucapan alu-aluan yang anda kehendaki mengikut kesesuaian.

Rajah 6

Rajah 7
6- Setelah selesai paparan berikut akan terhasil. Terdapat tulisan "Greeting Line" pada surat tersebut seperti rajah 8


Rajah 8
7- Setelah selesai, untuk memaparkan senarai nama-nama yang telah dimasukkan ke dalam pengkalan data tadi klik pada "Preview Result" maka nama, alamat dan kata alu-aluan terpapar pada surat seperti rajah 9.


Rajah 9
8- Bagi mencetak ke semua senarai nama di dalam pengkalan data sila klik pada "Finish & Merge" kemudian klik pada "Print Document" seperti rajah 10.

Rajah 10
9- Anda boleh menekan anak panah yang dibulatkan dan ditulis no.1 untuk ke maklumat-maklumat seterusnya seperti rajah 11.

Rajah 11

Selesai... selemat mencuba!

Tugasan Photoshop: Poster kembali ke sekolah 2012

Friday, 25 November 2011

Assalamualaikum wbt...


Berikut merupakan hasil idea poster yang tidak seberapa dari saya bertemakan "KEMBALI KE SEKOLAH 2012" dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Bagi saya, hasilnya kurang memuaskan tapi banyak perkara baru yang telah saya pelajari daripada tugasan ini. Antara teknik yang digunakan adalah:

1) Lasso

2) Magic Wand  Tool

3) Menggunakan teknik layer bagi menghasilkan hasil yg pelbagai

4)Menggunakan teknik blending option bg setiap layer yang dihasilkan

5) Text tool

Diharapkan hasil dan juga skill menggunakan Adobe Photoshop akan lebih baik lagi selepas ini.

Poster kembali ke sekolah 2012 :)



ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi

Tuesday, 22 November 2011

Abstrak

Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah di mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran disamping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian kuasai eksperimen telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan kontruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Bagi kaedah tradisional penerangan langkah demi langkah diberikan manakala bagi kaedah perantis, guru memberi panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secara berkerja dalam kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perintis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT dikalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan


Sinopsis Jurnal

Sekolah Bestari merupakan satu anjakan paradigma ataupun satu pembaharuan dalam sistem pendidikan negara. Implikasi daripada pelaksanaan dasar baru ini sekolah perlu membuat perancangan dan strategi yang rapi untuk reformasi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru ke arah kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Pola perkembangan ini mengutarakan penggunaan konstruktivisme yang lebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar.

Satu kajian kuasai telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran kemahiran komputer yang diajar dengan menggunakan kaedah perantis iaitu kaedah pendekatan konstruktivisme sederhana. Kaedah perantis ini dipilih sebagai strategi awal untuk membiasakan pelajar dengan pendekatan konstruktivisme yang lebih radikal yang diperlukan dalam pendidikan ICT memandangkan pelajar sudah terbiasa dengan pendekatan tingkah laku iaitu guru sentiasa memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Tujuan kuasai eksperimen dalam kajian ini adalah untuk melihat perbezaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah perantis dibandingkan dengan kaedah tradisional. Tujuan proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan pembinaan laman web.

Secara terperinci, objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kaedah perantis berbanding dengan kaedah tradisional dan mengkaji kesan kaedah perantis ke atas pencapaian pelajar berbanding kaedah tradisional. Hipotesis yang dimajukan ialah bahawa tiada perbezaan dari segi kesan ke atas pencapaian pelajar yang diajar menerusi kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku).


Selamat Datang ke Faizah ICT!

Friday, 30 September 2011

Assalamualaikum wbt...

Salam perkenalan dan selamat datang ke blog saya...